PENGENALAN
Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang berangkap. Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Bilangan baris dalam setiap pantun dikenali sebagai kerat. Terdapat lima bentuk pantun :
i. Pantun Dua Kerat
Contohnya : Sudah geharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Contohnya : Sudah geharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
ii. Pantun Empat Kerat
Contohnya : Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Contohnya : Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
iii. Pantun Enam Kerat
Contohnya : Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapt membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.
Contohnya : Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapt membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.
iv. Pantun Lapan Kerat
Contohnya : Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punaibermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampat dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.
Contohnya : Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punaibermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampat dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.
v. Pantun Sepuluh Kerat
vi. Pantun Dua Belas Kerat
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik :
Ba/ik/ ber/ga/las/ ba/ik/ ti/dak, > ayat pembayang atau sampiran
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang, > ayat pembayang atau sampiran
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak, > ayat maksud
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang. > ayat maksud
Ba/ik/ ber/ga/las/ ba/ik/ ti/dak, > ayat pembayang atau sampiran
Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang, > ayat pembayang atau sampiran
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak, > ayat maksud
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang. > ayat maksud